Wednesday, November 29, 2006

BAND MUZIK

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat pemuzik berserta penyanyi untuk sebarang majlis, sila hubungi aku melalui emel shazhs_um@yahoo.com.sg.
Harga boleh dirunding.

Tuesday, November 28, 2006

Kembali

Aku kini sedang berkira-kira untuk kembali semula ke pentas teater. Syahwatnya lain macam aja kali ni. Maklumlah dah lama tak bergelumang dengan dunia teater. Rindunya dah tak tertahan lagi. Kawan-kawan yang akan sama-sama dengan aku untuk produksi ni pun keghairahan mereka untuk kembali ke pentas teater tinggi sekali.
Time belajar dahulu, memang pantang dengar ada persembahan teater mesti pergi. Jika dapat tawaran untuk membantu sebarang produksi pun jarang ditolak. Jiwa dah sebati dengan seni pentas memang susah nak lari.
Teater ni sebenarnya merupakan antara medium untuk melontarkan nasihat atau pengajaran kepada orang ramai. Bukan sekadar untuk berhibur.
Kalau nak berhibur kenalah minta Razak Mohideen buat teater. Bagaimana ya, kalau Razak buat teater, mesti sambutannya boleh pecah auditorium. Mungkin juga Razak akan jadi orang pertama yang mencatatkan kutipan tiket mencecah jutaan ringgit melalui teater. Wahh...jutawan teater la nampaknya.

Sunday, October 15, 2006

Selamat Hari Raya

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH,
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, Maaf Zahir Dan Batin...

Thursday, September 07, 2006

Promosi Teater

Nam Ron ubat rindu peminat
(petikan dari Harian Metro)

SEKALIPUN kurang publisiti, nama Nam Ron memang tidak asing kepada peminat teater tanah air.

Anak seni berbakat besar ini pernah meraih anugerah Skrip Terbaik Bahasa Melayu menerusi Mat Deris Kuala Perlis sempena Anugerah Seni Boh Cameranion pada 2003. Nam Ron juga pernah menimba pengalaman bersama Jo Kukathas dan Loh Kok Man dalam filem Ka Si Pe Cah.Tidak cukup dengan itu, Nam Ron juga pernah beraksi dalam filem Paloh, Gubra, Dukun dan drama Cinta Tsunami.Antara karyanya yang mendapat sambutan ramai ialah pementasan teater Lina dan Lijah, Misi, Proses, Lembu, Gedebe, Mat Deris Kuala Perlis dan Dua Bulatan Pukul Enam. Justeru, bagi mengubat kerinduan peminat tahun ini, Nam Ron tampil dengan karya terbarunya, Laut Lebih Indah Dari Bulan.Pementasan ini dibawakan Alternative Stage dan dipentaskan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka selama empat hari, jam 8.30 malam mulai hari ini.Dalam teater berbentuk monodrama ini, Nam Ron bertindak selaku pengarah pementasan. Apa yang menarik, teater ini menampilkan bintang teater berbakat besar, Malenny Deen Irwan. Malenny yang mula berkecimpung dalam teater pada 1998 juga pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Teater Malaysia 2003 dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Antara Universiti 2005 (Selendang Sakti).Tiket dijual pada harga RM20 dan RM10 (pelajar) di hadapan pintu masuk Stor DBP ketika hari pementasan. Keterangan lanjut hubungi Zaiton Zakaria menerusi 012-2817595.

Monday, September 04, 2006

Siti & Datuk K

Kenapa tv3, surat khabar dan radio di Malaysia berlumba-lumba untuk mendewa-dewakan perkahwinan Siti dan Datuk K. Aku masih tidak faham dengan situasi ini. Macam sesuatu yang terlalu pelik kerana penghibur mendapat tempat yang terlalu tinggi di negara ini. Sungguh riak sekali upacara perkahwinan mereka.

Monday, August 28, 2006

Mawi ...Ina


Malam semalam aku nonton RTM 1 yang mempergunakan Ina Naim dalam sebuah program dengan kerjasama Astro. Aku tahu tujuan RTM adalah untuk menarik penonton supaya semua mereka tidak hanya menonton TV3 yang menyiarkan perkahwinan perniagaan antara Siti dan Datuk K. Publisiti tentang rancangan Ina dan Mawi dari RTM 1 sejak awal lagi telah menggusarkan TV3. Sebenarnya aku pun sudah bosan dengan berita-berita tentang siti. Setiap hari wajahnya terpampang di dada akhbar. Aku rasa faktor inilah yang menyebabkan aku naik meluat untuk melihat majlis gilang gemilang perkahwinan mereka. Bagus juga semalam RTM dengan kerjasama Astro menyediakan rancangan alternatif untuk tontonan aku. Agak menarik juga rancangan Ina dan Mawi semalam, Ina dengan nada sedih dan Mawi masih bersahaja walau kekadang digugat oleh soalan-soalan berat dari pengacara majlis bagi pihak Astro iaitu Aznil haji Nawawi. Nampaknya Mawi tidak akan menerima lagi kehadiran Ina untuk kali kedua, tapi raut wajah Ina masih berharap. Kesian aku melihat Ina. Aku risau juga dalam situasi sebegini ada tangan-tangan hitam yang mahu mempergunakan Ina demi kepentingan karung mereka. Bagi aku Ina harus berfikiran waras dengan situasi sebegini. Tak payah la nak rakam lagu, kerna suara kamu tidak bagus. Nyanyian secara miming pun gagal untuk mengikut rentak. Carilah jalan lain untuk kebahagian. Jangan kerana Mawi kamu jadi tidak keruan.

Monday, August 14, 2006

Anugerah Pelakon Wanita Popular


‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ katanya ketika diberi peluang membuat ucapan sebaik sahaja menerima anugerah itu kerana lakonannya dalam filem Gubra.
Petikan dari Utusan malaysia, kata-kata Sharifah Amani semasa berucap selepas menerima anugerah pelakon wanita terbaik.
Persoalannya adalah, kenapa dia harus mengungkap perkataan sedemikian. Kalau dia tidak fasih berbahasa Melayu sekalipun, teruskan sahaja bercakap Inggeris. Jika ingin meminta izin teruskan dengan berkata, saya ingin meminta izin dari hadirin sekalian untuk berucap dalam bahasa inggeris, kerana bahasa Melayu saya kurang fasih.
Mengapa nak kata yang dia terasa seperti orang bodoh apabila berucap dalam bahasa Melayu. Kalau betullah dia tidak fasih berbahasa Melayu, segala dialog yang diungkap semasa memegang watak dalam filem Gubra adalah hafalan semata-mata dengan pemahaman yang paling minimum.
Bukan dia seorang sahaja yang tahu berbahasa inggeris di negara ini, ramai lagi yang boleh berbahasa inggeris dengan baik, tetapi tidak pula sampai tak tahu nak berbahasa Melayu.
Kaum India umpamanya, mereka boleh berbahasa ibunda mereka, mereka juga boleh berbahasa inggeris dan mereka juga fasih bercakap dalam bahasa Melayu. Sepatutnya kalau kaum India yang tak fasih berbahasa Melayu ok lah jugak. Ini bangsa Melayu sendiri.
Sedih juga bila ada orang Melayu yang tidak tahu @ tidak fasih berbahasa Melayu di bumi Malaysia yang asasnya adalah Melayu.